Friday, 2 December 2011

CERPEN : PUISI BUAT LIA


"Setakat ni dulu kuliah saya, jangan lupa siapkan tugasan dan hantar di bilik saya sebelum pukul 5.00 petang Jumaat ni. Assalamualaikum dan jumpa lagi" Ucap Dr. Haslia dalam ketegasan kepada pelajarnya yang kelihatan mengangguk-angguk.

Beberapa orang pelajar datang berkerumun  Haslia untuk bertanyakan tentang tugasan masing-masing dan keadaan ini berlaku dalam 20 minit sebelum dia meminta diri kerana ada urusan lain. Haslia melirik jam Gucci nya yang sudah menunjukkan pukul 4.47 petang dan tergesa-gesa menuju ke kereta. Di luar bilik kuliah kelihatan cuaca gelap dan sudahpun melimpahkan rahmatnya.

‘Ishh, tak bawak payung pulak. Dah la parking kereta jauh ni’ guman hati kecil Haslia. Beg laptop dan beg tangannya dibetul-betulkan agar selesa di pundak bahu. Kelihatan beberapa orang pelajar juga turut terkandas sama sepertinya. ‘Kesian diorang ni, lagi la susah untuk ke tempat menuggu bas. Nak tolong pun, aku sama macam diorang jugak. Terperangkap kat sini.’ Bisik hati Haslia.

Dikejauhan Dr. Azlan yang baru usai kuliahnya mendekati Haslia. “Lebatkan hujan ni? Macam tak nak henti je.” Getus Azlan. Haslia yang dari tadi lebih suka bermonolog dalam hati tersentak dengan teguran Azlan.

“Dr. Azlan rupanya. Baru habis kelas ye.”

“Aaahhh… Awal Lia habis kelas hari ni?”

“Ermmm… Tu la. Nak balik awal rumah tapi hujan pulak”

“Kereta Lia parking kat mana? Tak nampak pun.”

“Hari ini Lia parking kat fakulti. Ingatkan tak hujan ari ni.”

“Oooo… Kalau gitu mai la tumpang kereta saya dulu. Saya pun nak masuk office juga ni.” Pelawa Azlan sambil mengukirkan senyuman.

Haslia melihat lagi jamnya. Jarum hampir menunjukkan pukul  5.20 petang. Memikirkan yang dia akan menaiki flight untuk pulang ke kampung pada pukul 8.00 malam ini, Haslia akur. Tidak sampai 10 minit, mereka sampai di fakulti dan masing-masing berpisah di situ setelah Haslia mengucapkan terima kasih.

Azlan hanya membalas ucapan itu dengan senyuman sambil hatinya berbicara sendiri ‘Lia… ada apa denganmu sehingga aku rasa debaran ini? Jika ini ketentuannya, Kau permudahkan urusanku Ya Allah.’

******************************************************************

(BERSAMBUNG)

1 comment: