Thursday, 8 December 2011

Seksa diminati dari meminati





Hari ni saya ada bace entry best dr Dr. HM Tuah Iskandar. Memang betul ade juga orang yang macam ni dalam dunia. Yang pasti orang yang diminati tu pasti tak senang duduk kalau peminat setia ni selalu je duk kacau hari-hari.


"Seksa diminati adalah lebih seksa daripada seksa meminati. Bagaimana ini mungkin? Bayangkan anda tidak sukakan seseorang, tetapi dia amat sukakan anda. Hari-hari dia akan menghantar SMS buat anda, selagi tidak dibalas dia akan terus menghantar dan menghantar. Pada anggapannya kita sengaja tidak mahu membalas sebenarnya kita amat sibuk dan tiada kesempatan sama sekali.


Sesetengah orang yang terlalu meminati akan minta bercakap. Dia mahu mendengar suara dan dia mahu suaranya didengari. Apabila dia mula menelefon, dia akan kerap menelefon tidak kira pagi, petang, malam bahkan subuh. Apabila perasaan rindunya membuak-buak, dia akan menelefon, tanpa berfikir pun apakah ketika itu sesuai.

Apabila SMS yang dihantar dilayan, panggilannya berjawab, dia akan minta untuk berjumpa. Selagi tidak dipenuhi dia akan terus meminta. Pintanya hanya sekali dan andainya sekali itu dipenuhi dia akan jadikan alasan untuk sekali lagi dan lagi dan lagi.

Orang begini mengatakan mereka tidak tertanggung lagi menanggung rindu. Mereka amat-amat meminati, lantas amat-amat merindui. Mereka mahu SMS selalu, mahu telefon selalu dan mahu berjumpa selalu. Kalau boleh seminit pun tidak boleh berhenti. Setiap detik adalah mesej, suara dan juga bertentang mata.
Aduh, lemasnya terlalu diminati seperti ini. Hendak meninggalkan telefon sedetik pun curiga, kalau-kalau suami membuka dan membaca. Pada orang yang terlalu syok kata-kata seperti rindu, sayang dan cinta kadang-kadang biasa sahaja tetapi sesetengah suami tidak dapat menerima. Dia pasti cemburu, pasti marah dan pasti menghentak, 

“Siapa ni?”

Susahnya hendak menjawab,
“Orang ini sekadar minat.”

“Minat apanya sampai bersayang-sayang pulak!? Ini syok namanya!”

“Er, tak pernah layan pun.”

“Macam mana boleh tahu nombor telefon kalau tak layan?”

“Entah, kawan-kawan bagi kot?”

“Ini tak lain, mesti kayu tiga. Abang benarkan awak pergi kerja, ini kerja awak ya?!”

“Bukan. Jangan salah sangka. Tak pernah layan pun. Sumpah.”

“Dah berapa lama ni, hah?”

“Baru je. Tak kenal pun.” 


“Baru-baru, dah boleh mesej sayang, rindu? Perempuan jalang.”

Aduh, susahnya hendak dijelaskan. Bagaimana hendak buatkan suami faham? Mengapa dia tidak percaya?

Diselubungi Perasaan Takut
Sesungguhnya begitulah situasi diminati. Andai dikatakan meminati itu sudah cukup seksa, diminati bertambah-tambah lagi seksanya. Dalam keadaan tidak boleh, sebab sudah berpunya, apabila lebih-lebih diminati senario berikutnya pasti sakit, susah dan perit. Ia teramat sakit jika pasangan adalah seorang yang amat cemburu, tidak rasional dan pemarah.

Apa terjadi selepas itu? Biasanya suami akan menelefon si penghantar mesej, dia memberi warning, dia mengherdik, dia marah-marah dan dia memberi kata dua. Andainya si peminat sememangnya seorang yang terlalu syok implikasi itu tidak bermakna apa-apa padanya. Dia akan tetap menghantar SMS, menelefon dan cuba berjumpa. Padanya, andainya perceraian berlaku, itu peluang telah terbuka untuknya memiliki pula.

Selepas itu hidup akan menjadi tidak seceria selalu. Perasaan takut akan menyelubungi, pasangan tidak percaya lagi. Kadang-kadang di hadapan ibu bapa dan mentua pertengkaran terjadi, itu tidak termasuk hari-hari makan perli.

Aduh, alangkah sakitnya diminati. Ia lebih sakit daripada meminati. Meminati ada tempohnya dan ada ketika turun naiknya tetapi diminati kita tidak pernah tahu bilalah orang yang meminati itu mengatur strategi. Mohon dijauhkan Allah daripada diminati andainya sudah berpunya, mohon Allah pindahkan perasaan itu kepada yang masih boleh dan patut diminati. Amin...


sumber dari:

Friday, 2 December 2011

CERPEN : PUISI BUAT LIA


"Setakat ni dulu kuliah saya, jangan lupa siapkan tugasan dan hantar di bilik saya sebelum pukul 5.00 petang Jumaat ni. Assalamualaikum dan jumpa lagi" Ucap Dr. Haslia dalam ketegasan kepada pelajarnya yang kelihatan mengangguk-angguk.

Beberapa orang pelajar datang berkerumun  Haslia untuk bertanyakan tentang tugasan masing-masing dan keadaan ini berlaku dalam 20 minit sebelum dia meminta diri kerana ada urusan lain. Haslia melirik jam Gucci nya yang sudah menunjukkan pukul 4.47 petang dan tergesa-gesa menuju ke kereta. Di luar bilik kuliah kelihatan cuaca gelap dan sudahpun melimpahkan rahmatnya.

‘Ishh, tak bawak payung pulak. Dah la parking kereta jauh ni’ guman hati kecil Haslia. Beg laptop dan beg tangannya dibetul-betulkan agar selesa di pundak bahu. Kelihatan beberapa orang pelajar juga turut terkandas sama sepertinya. ‘Kesian diorang ni, lagi la susah untuk ke tempat menuggu bas. Nak tolong pun, aku sama macam diorang jugak. Terperangkap kat sini.’ Bisik hati Haslia.

Dikejauhan Dr. Azlan yang baru usai kuliahnya mendekati Haslia. “Lebatkan hujan ni? Macam tak nak henti je.” Getus Azlan. Haslia yang dari tadi lebih suka bermonolog dalam hati tersentak dengan teguran Azlan.

“Dr. Azlan rupanya. Baru habis kelas ye.”

“Aaahhh… Awal Lia habis kelas hari ni?”

“Ermmm… Tu la. Nak balik awal rumah tapi hujan pulak”

“Kereta Lia parking kat mana? Tak nampak pun.”

“Hari ini Lia parking kat fakulti. Ingatkan tak hujan ari ni.”

“Oooo… Kalau gitu mai la tumpang kereta saya dulu. Saya pun nak masuk office juga ni.” Pelawa Azlan sambil mengukirkan senyuman.

Haslia melihat lagi jamnya. Jarum hampir menunjukkan pukul  5.20 petang. Memikirkan yang dia akan menaiki flight untuk pulang ke kampung pada pukul 8.00 malam ini, Haslia akur. Tidak sampai 10 minit, mereka sampai di fakulti dan masing-masing berpisah di situ setelah Haslia mengucapkan terima kasih.

Azlan hanya membalas ucapan itu dengan senyuman sambil hatinya berbicara sendiri ‘Lia… ada apa denganmu sehingga aku rasa debaran ini? Jika ini ketentuannya, Kau permudahkan urusanku Ya Allah.’

******************************************************************

(BERSAMBUNG)

Mariasomnia


Selalu sahaja masalah tidak dapat tidur melekat padaku..x taw lorrr nak buat macam mane lagi..first2 dulu ak start jaga malam masa kat ting 2. Time 2 ak sekolah kat SMU(A). Senang cakap sekolah menengah ugama (arab) yang akan menghadapi PMRU. Jadi sume mata pelajaran utk exam ni adalah berbentuk hafazan..Memang keje menghafal je la time 2. Hanya time malam je la masa yang sesuai untuk menghafal and study . Tido sejam dua pon da orait then esoknya p sek naik bas. Taaaaapi bile balik dari sek je, buat benda2 yang wajib dulu and terus je ak terbongkang kat tilam. hihi3x..

Bab2 study malam ni belanjutan sampai la ak duk kat tahun last di U ni.. Kene pulak ngan asigment dan tesis yang da siap ni lagi la ak x ngatok. Pulak 2 p rumah Cik Yam bagi pulak pearl cafe lagi la mata ak ni x mow tutup. hadeiiihhh. Apa yang ak harapkan lepas je habis study ni x de la lagi penyakit isomnia ni. Nak juga kecapi hidup normal macam orang lain 



Sedikit perkongsian ilmu. Isomnia ni merujuk kepada keadaan sukar untuk tidur dan tidur tidak nyenyak atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya. Maka pesakit yang menghidap insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur/tidak dapat tidur nyenyak di malam hari dan kurang  aktif/bertenaga di siang hari.

Tanda tidur yang mencukupi ialah apabila anda bangun di pagi hari dan merasa bertenaga dan telah berehat secukupnya. Sebanyak mana tidur yang anda perlukan bergantung kepada individu dan mungkin hanya 4 jam semalam atau mungkin sehingga 10 jam. Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang semakin meningkat. Tempoh tidur di kalangan warga tua adalah lebih pendek berbanding mereka yang  pertengahan umur. Tidur mereka menjadi kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga di waktu malam. Warga tua mungkin akan lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa.  Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah berapa jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu merehatkan diri.  



Pengkelasan Insomnia 
Insomnia boleh dikelaskan kepada insomnia sementara, jangka pendek atau kronik bergantung kepada berapa lama tidur itu terganggu.  

Insomnia Sementara  
Ianya bergantung kepada keadaan dan biasanya disebabkan oleh perubahan persekitaran atau tekanan hidup seperti mengembara, dimasukkan ke hospital atau menjangkakan bahawa sesuatu peristiwa yang penting atau yang menimbulkan tekanan kepada diri anda akan berlaku. Ia biasanya tidak melarat kepada gangguan yang lebih serius dan akan hilang dalam masa beberapa hari.  

Insomnia Jangka Pendek  
Jika lebih banyak tekanan yang datang (contohnya kematian seseorang yang disayangi, dibuang kerja atau berlaku penceraian), insomnia sementara mungkin melarat menjadi insomnia jangka pendek dan biasanya insomnia jenis ini akan berlarutan tidak lebih daripada 3 minggu.  

Insomnia Kronik  
Jika insomnia jangka pendek tidak dikendalikan dengan baik, ia mungkin melarat menjadi insomnia kronik yang biasanya  berlarutan dari beberapa bulan hingga beberapa tahun. Ia selalunya disebabkan  oleh keresahan umum, pengambilan ubat-ubatan, masalah kesihatan, disfungsi  fisiologi (gangguan fisiologi) atau penyalahgunaan bahan seperti alkohol atau dadah. Oleh yang demikian, adalah amat kritikal untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang jika gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.



Tanda-tanda dan gejala insomnia 
•  Sukar untuk tidur, berbaring dalam  keadaan jaga lebih daripada sejam atau lebih sebelum dapat melelapkan mata.  
• Tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, contohnya terjaga beberapa kali di waktu malam.  
• Terbangun di awal pagi kemudian sukar untuk menyambung tidur semula.  
• Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari.  

Faktor-faktor yang  berlakunya insomnia 
1.  Faktor gaya hidup 
Sikap dan ubat-ubatan boleh menyebabkan berlakunya insomnia atau menerukkan lagi masalah tidur yang dialami. Tabiat meminum alkohol, minuman yang mengandungi kafein  dan merokok merupakan antara contoh utama. Faktor gaya hidup lain yang boleh menurunkan kualiti tidur ialah seperti waktu tidur yang berbeza-beza setiap malam, pertukaran masa kerja, perjalanan jauh dan berpindah ke rumah baru. Beberapa ubat-ubatan seperti antidepresan dan  antihipertensi boleh menyebabkan insomnia menjadi semakin teruk. Tekanan hidup yang semakin bertambah sama ada di rumah atau di tempat kerja.

2.  Masalah-masalah kesihatan  
Penyakit yang boleh menyebabkan rasa sakit (contoh: angina pektoris, artritis, kanser, ulser peptik /refluks saluran gastrousus), masalah pernafasan (contoh: asma, bronkitis, penyakit penyumbatan pulmonari kronik, kegagalan jantung kongestif)  atau kerap terasa ingin membuang air kecil (contoh: penyakit kencing manis). Masalah-masalah kesihatan lain yang boleh menyumbang kepada kesukaran untuk tidur ialah hipertioidisme, penyakit Parkinson dan masalah buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik.  

3.  Masalah psikiatri  
Kemurungan, gangguan keresahan, Skizofrenia, gangguan bipolar, penyalahgunaan bahan seperti  dadah dan ubat-ubatan boleh menyebabkan insomnia.  

4.  Persekitaran tidur yang tidak selesa  
Persekitaran yang bising seperti bunyi lalu lintas, kapal terbang, atau bunyi televisyen jiran boleh menyebabkan tidur terganggu. Bilik yang terlampau terang, suhu bilik yang terlampau sejuk/panas dan bantal atau katil yang terlalu lembut atau keras juga boleh mengganggu tidur.



Penjagaan Sendiri 
Elakkan:  
•  Meminum minuman yang mengandungi kafein (seperti kopi,teh, minuman kola) dan alkohol, merokok atau mengunyah tembakau 2 hingga 4 jam sebelum tidur, bergantung kepada bagaimana ia boleh mempengaruhi kemampuan anda untuk tidur.  
• Tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh.  
• Membawa perselisihan atau masalah ke  tempat tidur jikalau ia boleh diselesaikan sebelum itu.  
• Memaksa diri untuk tidur dan merasa risau mengenainya.  
• Tidur sekejap-sekejap pada waktu siang.  

Bersenam secara tekal 3 hingga 5 kali seminggu. Walau bagaimanapun, senaman berat sebelum tidur mungkin menyebabkan anda sukar tidur.

Berehat sebelum tidur. Berhenti daripada membuat kerja beberapa jam sebelum tidur. Belajar cara-cara menenangkan  diri dan mengosongkan fikiran daripada kerja atau masalah. Ini kerana apabila  fikiran anda terlalu aktif, anda akan menghadapi masalah untuk berehat.

Pastikan persekitaran tidur anda selesa dengan cara mengurangkan gangguan luaran seperti cahaya lampu dan kebisingan. Tidur di atas tilam yang selesa, bantal yang lembut atau memakai pakaian tidur yang longgar.  

Tidur hanya apabila anda rasa mengantuk dan gunakan tempat tidur anda untuk tidur sahaja bukannya sebagai pejabat atau tempat menonton televisyen.

Jika anda berbaring dalam keadaan jaga melebihi daripada 15 minit, keluar dari bilik tidur dan cuba lakukan sesuatu yang menyenangkan dan merehatkan anda.  

Lakukan aktiviti-aktiviti yang merehatkan sebagai amalan sebelum masuk tidur untuk menimbulkan rasa mengantuk seperti:  
•  Mandi air suam  
• Minum susu suam.  
• Membaca buku yang membosankan  atau bahan bacaan ringan seperti majalah.
• Mendengar muzik yang menenangkan.  

Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama  tanpa mengambil kira waktu anda tidur.  

Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda beli dengan pegawai farmasi untuk mengelakkan dari terambil ubat-ubatan yang menyumbang kepada masalah tidur.  

Bila anda perlu berjumpa doktor 
Anda mungkin memerlukan rawatan perubatan jika masalah untuk tidur berlarutan atau mula mengganggu kerja/aktiviti harian anda terutamanya apabila anda menderita insomnia kronik ( yang berterusan untuk jangka masa panjang) yang berkait dengan penyakit. Doktor akan memeriksa kesihatan anda secara keseluruhan dan bertanya tentang tabiat tidur anda yang biasa. Anda mungkin diberikan pil tidur atau dirujuk kepada pakar sakit jiwa. Jangan mengambil pil tidur tanpa nasihat doktor. Pil-pil tidur paling baik digunakan untuk menghilangkan masalah tidur yang sementara pada waktu-waktu tertentu sahaja. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh membawa kepada ketergantungan kepada ubat apabila badan mula menyesuaikan diri dengan pil-pil ini. Ini bermakna anda mesti mengambil  lebih pil tidur untuk mencapai kesan yang diingini.  

Hurmmm..pandai je bg info kat orang. Insya-Allah ak akan cuba amalkan tips2 tu semua. Skrang da taw pasal isomnia. Ak ni ade tanda2 isomnia tapi x de la sampai x bleh tdo langsung. Lagi pon isomnia ni bukan just fokus kepada individu yang x tdo malam tapi lebih kepada setakat mana dia merasakan tdo itu dapat merehatkannya. So kalu tdo ckit tp da rasa bertenaga x de la tergolong dalam kalangan ni. Apa-apa pon x cukup rehat/tdo ni memang bahaya utk kesihatan.. Tanak da lepas ni amalkan benda camgini lagi. So apelagi..Jom tdo!!! (◡‿◡)✿

Awal Bismillah



Alhamdulillah..tercapai juga hasrat saya untuk berbloging setelah usai dengan kerjaan tesis sebentar tadi.Tidak biasa dengan suasana yang terlalu selesa menyebabkan saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu yang barangkali bermanfaat dan mampu menerjah kotak fikiran kita semua. Tujuan berbloging ini bukan untuk memuntahkan pengalaman seharian semata-mata, malah yang lebih penting lagi adalah input itu sendiri. Belajar dari pengalaman itu lebih besar maknanya jika tidak masakan terdapat satu lirik lagu iaitu Sejujur Manakah Kata-Kata dari kumpulan Spring:

♫♥♫♥♫♥♫

Pengalaman telah mendewasakan
mematangkan fikiran
pahit getir yang telah dilalui
guruku sejati

♫♥♫♥♫♥♫



Wah2 agak tersentap mak hang jugak di situ kalau  dengar habis lagu ni. Feel terus. Memang evergreen la. Masa kecik2 dulu selalu dengar. Walau bagaimanapun, mana-mana yang baik 2 harap dapat dijadikan pengajaran dan yang sebaliknya dijadikan sempadan. Meh kite karok ye. Layannzzz  (≧◡≦)